Wednesday 2 May 2012


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1.     Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2.     Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3.     Melegakan sakit hernia.
4.     Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5.     Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6.     Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7.     Meringankan bahagian pelvis.
8.     Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9.     Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10.  Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11.  Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12.  Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
13.  Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14.  Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15.  Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.

Wednesday 21 March 2012


Pemuda: “Bakar” Jiwamu Dengan Semangat Iman!

Pernah mendengar nama Thariq bin Ziyad. Beliau adalah penakluk Sepanyol, bumi Andalusia. Kisah penaklukannya sungguh luarbiasa dan wajar kita jadikan suri teladan. Penaklukan Sepanyol diawali pada Isnin, 3 Mei 711 M. Saat itu Thariq bin Ziyad membawa sekitar 7,000 anggota pasukan menyeberangi selat yang membelah benua Afrika dan Eropah dengan armada kapal.
Setelah mendarat, Thariq mengumpulkan seluruh anggota pasukannya di sebuah bukit karang yang kini dikenali sebagai “Gibraltar” (Jabal Thariq = bukit Thariq). Dari bukit karang inilah Thariq bin Ziyad memerintahkan pasukannya membakar seluruh armada kapal yang baru saja mereka gunakan menyeberangi selat Afrika-Eropah. Lantas, sang panglima gagah berani ini menyampaikan ucapan luarbiasanya kepada seluruh anggota pasukannya;
“Wahai seluruh pasukan, ke mana lagi kalian akan lari? Di belakang kalian laut, dan di depan kalian adalah musuh. Demi Allah, satu-satunya milik kalian saat ini hanyalah kejujuran dan kesabaran. Musuh dengan jumlah besar dan persenjataan lengkap telah siap dihadapan kalian. Sementara senjata kalian adalah pedang. Perajuritku yang gagah berani, kalian punya pilihan, apakah kalian mahu lari sebagai pengecut dan tenggelam dilautan atau kalian memgikut jejakku. Mari kita mencapai kemenangan besar itu.”
Ya, Thariq bin Ziyad melakukan perbuatan yang luarbiasa. Membakar kapal. Cara itu dipilih Thariq bin Ziyad dengan maksud agar pasukannya tidak lari dari medan tempur. Pasukan yang hanya berjumlah tujuh ribu itu ternyata mampu mengalahkan seratus ribu pasukan Raja Roderic, raja terakhir Hispania yang berasal dari bangsa Visigoth, yang terkenal zalim dan sombong.
Apa yang boleh kita belajar dari kisah hebat Thariq bin Ziyad?
Pertama, miliki matlamat perjuangan. Keberangkatan Thariq dan angkatan tenteranya bukan untuk berehat-rehat atau bersantai-santai. Bukan untuk mencari harta kekayaan mahupun kemashyuran. Bukan! Tetapi Thariq membawa matlamat jelas, menakluk Sepanyol dan mengibarkan bendera Islam. Menumbangkan kerajaan zalim, dan menghancurkan taghut jahiliah yang menolak Allah sebagai Rabb dan Illah. Ini misi besar mereka. Matlamat mereka akan membawa kepada kejelasan hasil, samada menang atau syahid menempah syurga Allah. Begitulah seharusnya kita. Tetapkan matlamat perjuangan, miliki cita-cita mulia dan luarbiasa, tekad dan kuat untuk mengejar dan mencapai matlamat anda. Jangan jadi seperti layang-layang yang putus talinya. Fikirkan sejenak, untuk apa kehidupan kita ini, untuk apa kita perlu belajar dengan gigih, untuk apa kita perlu mengumpul wang ringgit dan kekayaan, untuk apa kita membina mahligai perkahwinan dan memiliki anak-anak. Untuk apa? Petakan matlamat kita pada setiap persoalan di atas dan bina matlamat yang jelas pada setiap fasa hayah kita, insyaAllah kehidupan kita akan lebih bermakna disisi Allah SWT.
Kedua, bila ingin memenangkan persaingan dalam kehidupan jangan pernah punya rencana untuk ’lari dari gelanggang’. Seberat apapun masalah, persaingan dan tentangan yang ada harus kita hadapi. Ingatlah pepatah yang mengatakan “pelaut ulung tidakkan lahir di laut yang tenang”. Orang-orang yang hebat tidakkan lahir dari sebuah situasi tanpa tentangan dan cubaan. Tariq mentarbiyah dengan “keras” para tenteranya agar jangan langsung berfikir untuk berundur sebelum syahid atau menang, lalu beliau membakar kapal perang mereka. Bukankah kapal itu aset? Tidak! Pada situasi genting itu, kapal itu bakal menjadi beban dan punca kepada kelalaian hati untuk lari dari medan juang. Dengan prinsip ini, kita hanya akan ada satu jalan sahaja, maju ke hadapan, tetap tegar dan istiqamah dalam perjuangan. Jangan berfikir untuk mengalah apatah lagi berundur.
Ketiga, jangan silau dengan kebendaan. Armada kapal yang dinaiki Thariq bin Ziyad dan pasukannya telah mampu menghantarkan mereka sampai di daratan Sepanyol. Misi itu, adalah misi yang luar biasa. Sebab ketika itu teknologi pengangkutan belumlah secanggih sekarang. Kapal-kapal itu adalah aset peperangan tetapi hangus dibakar. Thariq bin Ziyad tidak terlena mengkagumi kapal-kapal laut yang telah menyeberangkan mereka. Memiliki kapal sebesar itu belum tentu mampu memenangkan mereka, apatah lagi mereka harus berperang di daratan. Bahkan boleh jadi kapal itu akan menjadi beban kepada tenteranya, penarik jiwa untuk lari dari medan tempur. Cuba kita perhatikan kepada mahasiswa kita hari ini yang rata-rata mendapat pinjaman dan biasiswa pendidikan dari pelbagai institusi. Ada kalangan mereka yang menjadi lalai, terleka dan terpedaya dengan wang pinjaman yang mereka perolehi. Akibatnya mereka “enjoy” dan lupa diri. Wang pinjaman tadi yang sepatutnya boleh menjadi pembantu kepada kemenangan perjuangan dalam menuntut ilmu, telah bertukar menjadi beban dan penyebab kepada kelekaan. Manusia menjadi silau mata dan silau iman akibat pengaruh kebendaan.
Keempat, singkirkan “comfort zone”. Bila kapal tetap ada, mental bertempur pasukan tentu akan lemah. Boleh jadi sebahagian pasukan akan berfikir “Ah bila kita terdesak, kita boleh kembali ke negeri kita dengan kapal ini. Lari sahaja” Dunia berubah sangat cepat. Begitu juga hati manusia. Mudah berubah dan cepat berubah. Tentangan yang kita hadapi juga makin kompleks. Untuk “fight” dengan comfort zone ini, Thariq telah mencipta satu keadaan untuk membakar motivasi iman dan perjuangan para tenteranya dengan membakar kapal. Maka tidak ada lagi perasaan selesa untuk lari dalam diri setiap pasukannya, perasaan itu turut terbakar bersama kapal-kapal perang itu. Nah, buat kita semua, bila kita tidak ingin ditindas dengan cabaran zaman, khususnya cabaran keselesaan, maka segeralah ’Bakar “Kapal” Anda’. Lalu bertempur dan bersainglah sebagai sang satria yang tiada pilihan kedua dan ketiga, melainkan tetap maju kehadapan.
Kelima, pada diri kita sebenarnya ada semangat Tariq bin Ziyad. Keluarkan kekuatan dan potensi itu. Kerahkan semangat perjuangan untuk memenangi pertempuran kehidupan anda. Jangan sampai semangatmu ditikuskan dek hiburan melampau, santai tanpa batas  dan kemewahan kehidupan. Maka lahirlah generasi yang lemah jiwa dan akalnya. Inilah yang sedang terjadi pada generasi muda. Potensi untuk maju dan berjaya pada diri mereka telah diselaputi lumpur dan kekotoran akibat kelalaian dan kelesuan diri sendiri. Semangat itu telah hancur bersama maksiat dan dosa. Hanya yang berjiwa satria seperti Tariq sahaja yang mampu memenangkan ummat. Maka “bakarlah” jiwamu dengan semangat perjuangan membela umatmu, agamamu dan negaramu.
Keenam, miliki sifat berani. Tariq membangkitkan sifat keberanian pada tenteranya. Hanya mereka yang benar-benar berani sahaja yang mampu berhadapan dengan seratus ribu musuh nyata. Sudah tentu yang paling berani pada saat itu adalah Thariq. Orang yang pengecut tidak akan berani membuat keputusan dan sukar untuk maju kehadapan. Kata Pak Hamka, “Setiap muslim mesti memiliki semangat berani di dalam dirinya, jika dia mahu mengembalikan maruah bangsa dan agamanya.”
Menurut Paul Getty, seorang jutawan dari Amerika Syarikat, untuk membina kejayaan seseorang perlu memiliki matlamat, dan kemudian berani berusaha untuk mendapatkan matlamat tersebut. Keberanian di sini bukan sekadar berani dari segi fizikal, tetapi keberanian dari segi pemikiran dan keberanian jiwa.  Berani pemikiran ialah mereka yang berani membina sebuah matlamat dan perancangan besar yang pada pandangan orang biasa ianya mustahil. Berani pemikiran bererti ia mampu menghidupkan fikrah Islam sebagai fikrah hayah manusia yang lengkap dan syumul. Saat ini fikrah Islam dilihat sebagai sekunder, tidak menjadi pakaian pada setiap umatnya, terpisah di antara realiti dan teori, sedangkan Islam menjernihkan pemikiran manusia sehingga mengangkat martabat manusia setinggi-tingginya di sisi Allah.
Berani jiwa adalah mereka yang bersiap menempuh cabaran kerana tidak ada kejayaan yang datang menggolek tanpa usaha yang bersungguh. Mereka yang berjiwa penakut tidak akan sampai ke mana-mana, malah akan ketinggalan dan mungkin dipandang hina. Mereka yang takut untuk berjuang, lemah imannya. Manakala mereka yang berani memiliki kekuatan iman yang kukuh untuk terus maju ke hadapan mencapai kecemerlangan dan kejayaan. Berani jiwa dikuasai oleh iman yang mendalam. Iman itulah yang memandunya untuk menjadi berani. Iman itulah yang mendorong ia untuk berusaha sehabis batas. Iman itu jugalah yang menjadi momentum untuk dia berusaha yang terbaik. Bermakna kita perlu kepada proses mentarbiyah jiwa kita dengan proses keimanan. Thariq adalah produk tarbiyah keimanan pada zamannya. Nah pada zaman kita ini, menjadi tanggungjawab pada kita untuk membina kecerdasan iman yang tinggi agar jiwa kita kuat, kuat dengan IMAN.
Ketujuh, jadilah pemimpin yang mampu merubah, bukan sekadar merubah peta geografi daulah Islam, tetapi juga peta kehidupan. Hanya mereka yang mampu merubah peta kehidupannya daripada insan biasa kepada luarbiasa sahaja yang mampu memikul tugas da amanah yang berat. Seterusnya akan mampu mengubah peta dunia menjadi sinar kembali dengan cahaya kebenaran. Thariq memandu kita untuk membina jiwa kepimpinan yang tinggi dan tabah dalam perjuangan. Pemimpin perlu sentiasa ke hadapan, terkehadapan hubungannya dengan Allah, kehadapan amal ibadah dan akhlaknya. Kehadapan kualiti ilmu dan segala kemahiran insannya. Mampu memimpin dengan benar, bersemangat, berani, miliki perancangan rapi, tersusun, bersistematik dan kehadapan semangat jihad tanpa henti. Semuanya itu berpunca dari satu, terkehadapan keimanannya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.  Janganlah menjadi pemimpin yang sekadar bijak berbicara dan menang membina bangunan dan kemajuan, tetapi hilang maruah iman. Hinggakan kelesuan iman sang pemimpin itu tidak mampu membawa orang yang dipimpinnya masuk ke syurga Allah SWT.

Tuesday 20 March 2012

NOTA AGAMA ISLAM TINGKATAN 4

Bab 1 Manusia Perlu Bersyukur

1.1:Intisari ayat
· Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap
kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya,
bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab
yang pedih.

1.2:Mensyukuri nikmat Allah
Allah menyediakan pelbagai kemudahan dan nikmat tidak terhingga.
Nikmat kurniaan Allah:
· iman
· Islam
· kesihatan tubuh badan
· akal fikiran
Cara bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati
Sentiasa ingat Allah Merendah diri terhadap kekuasaan-Nya
Lidah
Ucap
Alhamdulillah
Baca al-Quran, zikir, tasbih
Anggota badan
Guna nikmat ke arah kebaikan

1.3. Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
· Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka
   kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting
   beliung memusnahkan diri dan harta
· Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak
   beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar
   dan gempa bumi
· Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homoseks.
   Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka

1.4. Manusia sebagai khalifah Allah
tugas manusia sebagai khalifah
· beribadat kepada-Nya
· menegakkan agamaa
· amar makruf nahi mungkar
· membangun dan mengurus alam dengan baik berdasar syariat

1.5. Pengajaran ayat
· Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
· manusia mesti bersyukur nikmat Allah
· orang tidak brsyukur diazab Allah

Bab 2 Rasul Penyampai Wahyu

2.1. Intisari ayat
Nabi Muhammad manusia biasa dilantik dan diutuskan Allah untuk pimpin
manusia ke arah kebenaran. Baginda bkn malaikat atau anak Tuhan tetapi
manusia biasa yang tidak ada kuasa terhadap khazanah Allah dan juga tidak tahu
perkara ghaib.

2.2. Peranan rasul
· membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah
· mengajar cara beribadat dengan betul
· mendidik manusia berakhlak mulia
· memberitahu tentang perkara ghaib

2.3. Perkara ghaib
· perkara ghaib hanya diketahui Allah seperti tarikh kiamat, penentuan rezeki, ajal dan
   maut seseorang
· perkara yang tlh berlaku seperti kisah Nabi dan kemusnahan umat yang menderhaka
   kepada Allah
· perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan pancaindera seperti malaikat,
   syaitan, jin, syurga dan neraka
· perkara yang akn berlaku seperti kemunculan Nabi Isa a.s., dajjal, Yakjuj dan Makjuj
· perkara yang diketahui melalui ilmu dan kajian seperti petroleum, emas, dan jenis
   tumbuhan yang boleh jadi ubat.

2.4. Hikmah kewujudan perkara ghaib
· sebagai bukti kebesaran dan kekuasaan Allah
· untuk menggalakkan manusia membuat kajian dan penyelidikan
· dapat meningkatkan keimanan kepada Allah
· supaya manusia sentiasa fikir kebesaran Allah

2.5. Tugas manusia
· mengikut ajaran Nabi s.a.w. untuk dapat kebahagiaan hidup dunia dan akhirat
· berusaha dan ikhtiar teroka khazanah Allah sama ada di lautan, daratan, angkasa
   untuk kepentingan hidup
· mencari kurniaan Allah di samping tidak lupa tuntutan kehidupan dunia

2.6. Wahyu Allah
wahyu adlh pengetahuan yang diperoleh seseorang dengan keyakinan bahawa wahyu itu semata-mata daripada Allah melalui perantaraan atau sebaliknya
cara wahyu diturunkan:
· malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi tanpa disedari
· malaikat menjelmakan diri sebagai lelaki
· malaikat menampakkan diri yang sebenar
· wahyu didengar oleh Rasullulah s.a.w. seperti bunyi loceng dan sebagainya

2.7. Pengajaran ayat
· para rasul adlh penyampai wahyu Allah kepada manusia
· nabi dan rasul dilantik Allah dalam kalangan manusia
· kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu untuk kebahagiaan hidup di dunia dan   
   akhirat

Bab 3 Larangan Mempersendakan Agama

3.1. Intisari ayat
· terdpt beberapa gol manusia mempermain dan mempersenda agama
· mereka tertipu dengan keseronokan dan keindahan hidup dunia dan mengutamakan
   dunia daripada laksanakan perintah Allah
· gol ini akn dapat azab

3.2. Huraian ayat
mempermain/mempersenda meliputi tindakan lisan atau perbuatan yang
     merendahkan martabat Islam
perbuatan mempersenda agama
· bangga melanggar perintah Allah
· hina gol brtaqwa
· menyanjung maksiat
· melanggar syariat seperti tidak solat, puasa, bayar zakat
golongan mempersenda agama
· musyrikin: menyekutukan Allah dan nenentang agama tauhid
· munafik : menyembunyi kekufuran, menzahirkan keislaman
· murtad: keluar agama Islam
· ‘Asi: melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah
akibat mempersenda agama
· akidah rosak
· mendapat balasan azab di akhirat
· jiwa menjadi resah gelisah
· segala kebaikan menjadi sia2

3.3. Tuntutan memelihara agama
· melaksanakan perintah Allah dan menjahi larangan-Nya
· melakukan amal solah dan berakhlak mulia
· menentang kemungkaran
· melahir nilai keislaman dalam masyarakat

3.4. Akibat tidak memelihara agama
· umat Islam mundur dan ketinggalan
· Islam dihina dan dipermain oleh pihak lain
· maksiat berleluasa
· umat Islam tidak dihormati dan disisih

3.5. Harta kekayaan dan pangkat sebagai ujian
· harta dan kekayaan kurniaan Allah yang kadang-kadang dijadikan ukuran taraf
   seseorang
· Islam menggalakkan mencari harta kekayaan asalkan harta tersebut halal dan
   berdasarkan prinsip Islam
· umat Islam hendaklah jadikan harta sebagai alat kebahagiaan dunia dan akhirat

3.6. Pengajaran ayat
· umat Islam wajib menjaga kesucian agama setiap masa
· Islam bukan satu alat kepentingan peribadi
· orang yang mempersenda aagama akn dapat azab dan seksaan pedih di Akhirat

Bab 4 Hidayat Milik Allah

4.1. Intisari Ayat
Allah brkuasa beri hidayat kepada siapa yang dikehendaki dengan melapangkan
dadanya. Orang yang tidak dapat hidayah berasa sempit dada kerana balasan Allah
kepada orang yang menderhaka.

4.2. Hidayat Milik Allah
· hidayat adalah cahaya petunjuk Allah ke arh jalan benar dan diredai
· sorg yang dapat hidayat berubah tingkah laku dari kufur kepada beriman kepada Allah
· contohnya pristiwa Umar Al_khattab
· jika dia tidak dikehendaki oleh Allah mnuju jalan yang benar, dia tetap sesat walau
   dapat seruan dan ajaran Islam seperti yang berlaku kepada Abu Jahal
· kepentingan hidayat:
pembimbing kebenaran dan amalan mndaptkan keredaan Allah
supaya tindakn yang dilakukn tidak bertentangan dengan ajaran Islam
supaya amal ibadat dan kebaikan dapat pahala dan berkat

4.3. Manusia Tidak Berkuasa Beri Hidayat
· hanya Allah yang brkuasa beri hidayat. Mnusia kena usaha dptkannya dengan syarat
   kena benar2 beriman kepada Allah
· maksud kelapangan dada adalah cahaya Ilahi yang diletakkan dalam seseorang hingga  
   jadi lapang dada
· tanda orang memiliki kelapangan dada
jiwa cenderung kepada akhirat
selalu siap sedia hadapi mati
jauhkan diri dari tipu daya dunia
· kelebihan dapat hidayat
menikmati kmanisan iman
matlamat hidup jelas
pegangan akidah dan hidup menepati syariat
rajin usaha peroleh kejayaan hidup dunia dan akhirat

4.4. Cara Memperoleh Hidayat
· sentiasa zikir ingat kebesaran dan kekuasaan Allah
· bertaubat mohon ampun
· amal akhlak mulia dan mnjauhi kemungkaran
· sentiasa doa mohon hidayat

4.5. Kewajipan Berdakwah
· tugas brdakwah tugas seluruh umat
· sampaikan dakwah ikut keupayaan
· tujuan dakwah
memelihara maruah dan kesucian agama
menarik orang kafir peluk Islam
mncegah kemungkaran dan tegakkan keadilan
tingkatkan martabat agama dan umat
· berdakwah kena cara betul dan brhikmah supaya tarik minat kafir
· dakwah dengan cara ini beri peluang mereka fikir tentang kbenaran Islam

4.6. Kesan Hidayat Allah
· merubah seseorang tidak beriman kepada beriman
· peningkatan dalam bribadat sama ada fardhu ain atau kifayah
· mengamalkan perbuatan baik dan tinggal mungkar
· gembira dan tenang jlnkan perintah Allah
4.7. Pengajaran Ayat
· hanya Allah yang brkuasa beri hidayat
· orang yang dapat hidayat berubah dari tidak beriman kepada beriman
· kita hndaklh brdoa pohon hidayah Allah kerna hidayah nikmat terbesar kepada
   manusia

Bab 5 Akidah Teras Kehidupan

5.1. Intisari Ayat
· umat Islam hendaklah tunaikan solat dan ibadat lain sebagai 1 cara untuk mentaati
   perintah Allah
· umat Islam hndaklah serahkan segala urusan hidup kepada Allah
· setiap mnusia brtggungjwb atas prbuatan yang dilakukannya
· Allah akn balas prbuatan tersebut dengan adil di akhirat

5.2. Huraian Ayat
· nikmat iman dan Islam adalah nikmat yang paling agung
· cara memelihara nikmat iman dan Islam
sentiasa berdoa kepada Allah
melakukan ibadat semata2 untuk mndapatkan keredaan Allah

5.3. Matlamat Hidup Mukmin
· menyerah diri dan menyembuh Allah
· bertawakal, serah urusan hidup hanya kepada allah
· melaksanakan tgungjwb brlandaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
· berazam untuk memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dan akhirat
· menegakkan syiar Islam di muka bumi

5.4. Islam Agama Yang Lurus
· risalah para rasul tujuannya sama iaitu bimbing manusia ke jalan yang lurus
· semua ajaran Islam menekankan prinsip hidup brteraskan akidah tauhid iaitu hablun
   minallah wa hablun minannas
· hablun minallah ialah hubungan dengan Allah seperti solat, puasa, haji
· hablun minannas ialah hubungan baik sesama mnusia seperti jual beli, amalan
   berjiran, berkomunikasi
· Islam agama universal dan sesuai bagi semua bangsa, tidak kira warna kulit dan
   keturunan

5.5. Tugas Dan Tanggungjwb Manusia Dalam 3 Bidang Utama
· setiap orang Islam diberi tggungjwb ikut kmampuan masing-masing
· tanggungjawab manusia
Al-Ibadah
manusia hendaklah abdikan diri kepada Allah dengan tunai ibadat khusus seperti
     solat atau ibadat umum seperti mempelajari ilmu
Al-Khilafah
membina kekuasaan di muka bumi untuk jalankan perintah Allah dan mentadbir
     kerajaan dengan berteraskan pengabdian diri kepada Allah
Al-imarah
bina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk
     bentuk negara maju dan makmur
tanggungjwb manusia
laksana amar makruf nahi mungkar
memelihara dan memulihara alam
melaksanakan segala syariat Allah
mengadakan pembangunan berlandaskan syariat

5.6. Pengajaran Ayat
· hanya Islam agama yang benar dan diredhai Allah
· manusia brtggungjwb atas semua perbuatannya di dunia
· matlamat hidup orang Islam adalah brteraskan syariat Allah

Bab 6 Ciri-Ciri Mukmin Berjaya

6.1. Intisari Ayat
· Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk,
   menjauhi daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri,
   bersifat amanah, menepati janji
· golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya
· Islam menyeru umat mencapai kejayaan (aal-Falah) dunia dan akhirat

6.2. Huraian Ayat
· ciri-ciri mukmin berjaya
beriman kepada Allah
solat dengan khusyuk
keluarkan zakat
jaga kehormatan diri
tunai amanah dan janji
jaga waktu solat
menjauhi perkara keji dan sia-sia

6.3. Khusyuk Dalam Solat
· khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan   
   angota ketika solat semata-mata kerana Allah
· cara khusyuk dalam solat
mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
memahami maksud ayat dan lafaz
menumpukan pandangan ke tempat sujud
tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan
menunaikan solat dengan ikhlas
solat dengan tidak tergesa-gesa

6.4. Mengeluarkan Zakat
· peranan zakat dalam masyarakat
membangunkan ekonomi
memberi biasiswa kepada pelajar
membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan

6.5. Menjaga Kehormatan Diri
· menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan
    yang dilarang Islam
· cara jaga maruah diri
tutup aurat dengan sempurna
jauhi zina dan pergaulan babas
hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah, penyelewengan dan
     penipuan
amal akhlak mulia

6.6. Memelihara Amanah Dan Menepati Janji
· orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik
· tanda-tanda munafik
bercakap bohong
mungkir janji
pecah amanah
melampaui batas ketika bertengkar

6.7. Menjaga Waktu Solat
· cara menjaga waktu solat
kerjakan solat apabila masuk waktu
menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan)
bersungguh-sungguh tunaikan solat

6.8. Pengajaran Ayat
· solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama
· umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa
· menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim

Bab 7 Nasihat Luqman Al-Hakim

7.1. Intisari Ayat
Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan
Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika berjalan. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak

7.2. Huraian Ayat
· Luqman ialah hamba Allah yang solah lagi bertaqwa
· beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang
   mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi
· beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi
   pengajaran dan teladan kepada manusia
· nasihat Luqman kepada anaknya
jangan melakukan syirik
berbuat baik kepada kedua ibu bapa
bersabar terhadap bala bencana
jgn bersombong
melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
menunaikan solat

7.3. Tidak Melakukan Syirik
· syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain sama ada
   dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya
· syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak diterima dan  
   mendapat balasan neraka
· bahagian syirik
syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah pokok dan puja
     kubur
syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada azimat,
     tangkal, riak dan takbur

7.4. Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
· sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
ibu bersusah payah mengandungkan anaknya
ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
bapa cari nafkah untuk anak
sanggup bersusah payah demi kebaikan anak
· contoh beradab dengan ibu bapa
merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka
dengar nasihat mereka
mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam
sentiasa menggembirakan mereka
· orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di
   akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat

7.5. Menunaikan Kebaikan
· setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan  
   meninggalkan kemungkaran
· bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah berterima
   kasih kepada Allah dan manusia

7.6. Tegahan Bersifat Sombong
· Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka ketika
   berbicara dengan orang lain
· kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami jelas dan
   menerima dengan hati terbuka

7.7. Sabar Menghadapi Bencana
· kepentingan sabar
memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa
reda hadapi dugaan dan ujian Allah
melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh
tidak mudah dihasut syaitan

7.8. Pengajaran Ayat
· Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat manusia
· Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa
· umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan

Bab 8 Makanan Yang Baik

8.1. Intisari Hadis
· Allah perintahkan orang beriman makan makanan baik dan halal
· orang Islam dilarang makan makanan haram kerana datangkan kesan buruk

8.2. Huraian Hadis
· makanan yang sedap dan lazat tidak semestinya halal kerana halalnya sesuatu
   makanan bergantung kepada cara pemerolehan dan penghasilan
· Kebaikan Makanan Halal
menjaga kesihatan badan
memelihara kewarasan akal
mendpt keberkatan dan keredaan Allah
mempengaruhi perangai dan tingkah laku seseorang
· Ciri-Ciri Makanan Halal
tidak memudarat kesihatan dan kewarasan akal
disembelih dengan nama Allah
diperbuat daripada bahan halal
diusahakan oleh orang islam

8.3. Hikmah Pilih Makanan Dan Minuman Yang Baik
· menjaga kesihatan badan supaya sentiasa sihat dan cergas
· memelihara kewarasan akal
· mendapat pahala kerana ikut sunnah
· doa termakbul

8.4. Hubungan Makanan, Minuman Dan Pakaian Dengan Ibadat
· kita hendaklah prihatin tentukan makanan, minuman dan pakaian agar dan langgar
   batasan syarak
· Islam suruh umat tutup aurat
· semua berkai rapat dengan ibadat yang kita lakukan
· punca doa sesorg tidak makbul kerana pengambilan makanan dan minuman yang
   haram serta berpakaian yang tidak tutup aurat
8.5. Rukhsah Makan Dan Minum Yang Haram
· Syarat Diharuskan Makan Dan Minum Yang Haram:
hanya terdapat makanan dan minuman yang haram
makan dan minum sekadar menyelamatkan nyawa
makan atau minum bukan untuk kenyang
· Hikmah Diharuskan Makan Makanan Haram Ketika Darurat
dapat jaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
memberi kelonggaran kepada umat Islam untuk menyelamatkan nyawa ketika  
     darurat
bukti Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umat

8.6. Pengajaran Hadis
· umat Islam mestilah prihatin terhadap pengambilan makanan, minuman dan
   cara berpakaian seharian supaya tidak langgar hukum Allah
· Allah tidak terima doa hamba-Nya yang ambil dan minum yang haram
· kita wajib pakai pakaian yang bersih, sesuai dan tutup aurat
· orang Islam wajib memelihara diri dan keluarganya daripada terjerumus ke lembah
   kebinasaan

Bab 9 Perpaduan Teras Kemajuan

9.1. Intisari Hadis
· umat Islam dilarang bersikap yang membawa kepada perpecahan seperti hasad dengki,
   menipu, benci-membenci, berpaling muka dan berjual beli atas jualan orang lain

9.2. Huraian Hadis
· Antara Sikap Mazmumah
dengki (Al-Hasad)
menipu (An-Najasyu)
benci-membenci (Al-Ghadab)
berpaling muka
jual beli atas jualan orang lain
· Sebab Larangan Dalam Hadis
bagi mewujudkan suasana muhibah, kasih syang dan harmoni dalam masyarakat
untuk semai ikatan persaudaraan yang kuat dan kukuh dalam umat Islam
bagi menghalang perpecahan dalam masyarakat

9.3. Dengki
· dengki ialah perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang    
   lain dan berharap kelebihan itu hilang padanya
· Keburukan Dengki
menghilangkan amal kebajikan yang dilakukan
menimbulkan pergaduhan
menyebabkan jiwa dan perasaan seseorang tidak tenteram

9.4. Menipu
· perbuatan sama ada melalui tutur kata aatu tingkah laku berkaitan dengan muamalat yang
   dijalankan secara tidak jujur seperti pembeli menawarkan harga yang tinggi pada sesuatu
   barang sedangkan dia tidak mahu beli
· perbuatan menipu bertujuan menyusahkan orang lain

9.5. Benci-Membenci Dan Berpaling Muka
· perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain
· lahir dari sikap sombong dan angkuh
· orang yang bersifat ini sering gelisah, tidak tenteram dan marah kepada orang lain

9.6. Jual Beli Di Atas Jualan Orang Lain
· membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri
· perbuatan ini menyebabkan timbul perasaan marah di kalangan penjal dan pembeli yang   
   terlibat
· Jual Beli Atas Jualan Orang Lain Dalam Beberapa Situasi
penjual menawarkan kepada pembeli harga yang lebih murah atau barang yang lebih baik
     sedangkan pembeli sedang berurusan dengan penjual yang lain
pembeli menawarkan harga yang lebih tinggi kepada penjual sedangkan ketika itu penjual
     sedang berurusan dengan pembeli lain

9.7. Perpaduan Teras Kejayaan
· Langkah2 Memupuk Ke Arah Perpaduan
memupuk kasih sayang antara anggota masyarakat
amal sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama
memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya mereka
saling ziarah-menziarahi
· Ciri-Ciri Perpaduan Dalam Islam
berteras keimanan kepada Allah
pengamalan akhlak yang mulia
bertujuan ke arah kebaikan bersama

9.8. Pengajaran Hadis
· semua umat Islam adalah bersaudara
· perpaduan sangat penting untuk kemajuan dan kestabilan negara
· kita hendaklah menjauhi perasaan hasad kerana hal ini boleh memecah-belah
   umat Islam

Bab 10 Perkara-perkara yang Membatalkan Iman

10.1. Pengertian Iman
· iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah
   membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
· Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
membentuk keperibadian Muslim sejati
berani tegakkan kebenaran
sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan
pencetus semangat jihad

10.2. Perkara Yang Membatalkan Iman
· syirik
· kufur
· riddah
· khurafat
· sihir
· nifak

10.3. Syirik
· syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya
· syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain
   dari Allah
· bahagian syirik
syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan dan sebagainya
syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara   
     sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur

10.4. Kufur
· kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
· orang yang melakukannya adalah kafir
· Bahagian Kufur
kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa
     Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam
     al-Quran dan menyatakan solat membuang masa
kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan
     makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah
     dan sebagainya

· Faktor2 Kufur
pegangan agama lemah
terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan
terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama
kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk
     memenuhi keperluan hidup

10.5. Riddah
· riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam
   dihukum murtad
· Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
perkataan: mengisytihar keluar Islam
perbuatan: menganut agama selain Islam
· Faktor Riddah:
lemah pegangan agama
jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
terpengaruh dengan tawaran kebendaan
tidak bimbingan memahami Islam
· Kesan Riddah
perkahwinan terbatal
haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
menjadi penghuni neraka selama-lamanya
· Cara Menangani Orang Murtad
memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
melaksanakan hukum hudud (bunuh)
· Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah
menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara
     yang memburukkannya

10.6. Khurafat
· khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan
   syariat Islam
· Contoh Perbuatan Khurafat
mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
membuang anjak bagi menghalau hantu
mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
mempercayai kubur yang dianggap keramat
· Faktor Khurafat Masih Berterusan
iman kurang matap terhadap Allah
terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
ambil langkah mudah cepat kaya
wujud tempat pemujaan khurafat
· Cara Mengatasi Khurafat
menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
· Kesan Buruk Khurafat
menyebabkan syirik dan terbatal iman
membazir masa, tenaga, harta
masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
menyekat akal berfikir logik dan sistematik

10.7. Sihir
· sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib
   iaitu dengan bantuan jin dan syaitan
· sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
· Akibat Sihir
merosakkan akidah dan membatalkan iman
memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
membazir wang, masa, tenaga

10.8. Nifak
· .nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
· orang yang melakukannya digelar munafik
· Ciri-Ciri Munafik
bercakap bohong
khianat apabila diberi amanah
mungkir janji
melampaui batas apabila bertengkar
· Akibat Buruk Munafik
menghilangkan sikap percaya-mempercayai
melemahkan perpaduan masyarakat
menghancurkan kekuatan umat Islam
menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam

Bab 11 Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah

11.1. Dosa-dosa besar
· Pengertian Dosa
Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan
     suruhan-Nya.
Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
· Dua Jenis Dosa:
Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti
     minum arak, berzina, membunuh
dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau
     amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia
· Faktor Manusia Melakukan Dosa
terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
· Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
melawan percakapan mereka
meniggikan suara ketika bercakap
tidak dengar nasihat dan teguran mereka
melayan mereka dengan kasar
· Menipu Dan Berbohong
menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang 
     lain
berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen
· Mencuri Dan Merompak
mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat
     simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat
     simpanannya tanpa izin
· Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
dipandang hina oleh orang
dipulau dan disisihkan masyarakat
timbul pergaduhan dan permusuhan
negara tidak aman dan tenteram
· Riba
riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang,
     hutang-piutang dan sebagainya
Jenis2 Riba
riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti
     pertukaran beras dengan beras
riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Hikmah Pengharaman Riba
membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
mewujudkan kestabilan ekonomi
melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
mencegah sifat pentingkan diri sendiri
· Makan Harta Anak Yatim
anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
mengelakkan berlakunya permusuhan yang memutuskan silaturahim
mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta
· Lari Dari Medan Perang
perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan
     kesucian agama Islam
setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib
     mempertahankan kesucian Islam
orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
Akibat Lari Dari Medan Perang
dipandang hina
umat Islam ditindas
balasan neraka
merendah martabat agama dan umat
· Mengumpat Dan Memfitnah
mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa 
     ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
ingin lihat orang menderita dan susah
tidak mahu mengakui kelebihan orang
takut persaingan hidup
sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
dibenci dan dipandang hina
berlaku pergaduhan dan permusuhan
masyarakat Islam mundur
hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
menyemai kasih sayang sesama Islam
reda dengan ketentuan Allah
sentiasa muhasabah diri
meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

11.2. Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
· Minum Arak Dan Menagih Dadah
arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
· Faktor Minum Arak
arak mudah didapati
terpengaruh dengan rakan yang liar
tiada penguatkuasaan undang-undang
· dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir   
   seseorang
· hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
· Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
menjaga kewarasan akal fikiran
elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
kekalkan kesihatan fizikal dan mental
mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya
· Langkah Pencegahan
menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
ibu bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
kempen tentang bahaya arak dan dadah
amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan sebagainya
· Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
membazir wang, masa, harta
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
terdedah kepada jenayah
lalai daripada mengingati allah
Terhadap Negara Dan Masyarakat
menjadi mundur dan tidak tenteram
banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing

11.2.2. Zina
· zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan 
   yang sah
· Faktor Zina
kurang pendidikan agama
pergaulan bebas lelaki dan perempuan
mengunjungi tempat maksiat
membaca dan menonton bahan lucah
· Kesan Zina
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
· Hukuman Penzina
penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan
· Menuduh Zina (Qazaf)
menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
hukumannya 80X sebatan
· Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
berakal
baligh
atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
mengetahui haramnya qazaf
bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

11.2.4. Liwat Dan Musahaqah
· liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
· musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
· Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
terpengaruh dengan budaya liar
membaca dan melihat bahan lucah
tiada undang-undang tegas
kurang didikan dan pengetahuan agama
· Akibat Liwat Dan Musahaqah
institusi perkahwinan runtuh
dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
dapat balsan azab di akhirat
maruah diri, masyarakat, agama tercemar

11.2.5. Membunuh Diri
· melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
· Punca Bunuh Diri
kecewa dengan rahmat Allah
anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
· Cara Mengatasi Bunuh Diri
hendaklah yakin dengan rahmat Allah
berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
memberi pendidikan agama sejak kecil
mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi

Bab 12 Tuntutan Taubat

· Maksud taubat
taubat ertinya kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar 
     perintahNya.
· Syarat-syarat Taubat
menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
berhenti melakukan perbuatan tersebut dengan segera
berazam tidak akan ulang perbuatan tersebut
memohon maaf jika kesalahan tersebut berkaitan manusia
· Hikmah Taubat
memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah
memberi ketenangan hati kepada Muslim yang bertaubat
mendapat keampuan serta petunjuk Allah

Bab 13 Lambaian Kaabah

13.1. Kewajipan Haji Dan Umrah
· Pengertian Haji Dan Umrah
haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi tempat yang mulia.
dari segi istilah syarak haji bermaksud mengunjungi Baitullah Haram di Makkah kerana
     mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat tertentu
umrah dari segi bahasa ialah ziarah
umrah dari segi istilah syarak ialah menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadat 
     tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat tertentu
· Upah Haji
upah haji bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
hukumnya harus sekiranya seseorang memenuhi syarat-syarat wajib menunaikan haji 
     tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana sebab-sebab tertentu
· Sebab Diharus Upah Haji
meninggal dunia
tidak berkeupayaan fizikal seperti uzur, terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk
     sembuh
· Hikmah Upah Haji
memberi peluang kepada orang sakit atau orang tua yang terlalu uzur menyempurnakan 
     haji
anak atau ahli keluarga dapat berbakti kepada ibu bapa atau saudara maranya
orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan haji bagi pihaknya
Hikmah Haji
· Terhadap Individu
menghapuskan dosa-dosa kecil
membersihkan jiwa dari maksiat
meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
malatih diri bersifat sabar
· Terhadap Masyarakat
dapat saling berkenalan sesama umat Islam
membantu mempertingkat ekonomi umat Islam
menjalinkan silaturahim dan membentuk perpaduan di kalangan umat
menyatukan umat tanpa kira bangsa dari seluruh dunia

13.2. Cara Menyempurnakan Ibadat Haji Dan Umrah
· Syarat-Syarat Haji
Syarat-Syarat Mewajibkan Haji
Islam
baligh
berakal
berkuasa
merdeka
Maksud Berkuasa (Istita’ah)
sihat tubuh badan
cukup perbelanjaan pergi dan balik
mempunyai nafkah yang mencukupi untuk tanggungan yang ditinggalkan
mempunyai kenderaan pergi balik
terjamin keselamatan pergi balik
ada kesempatan masa
mendapat izin daripada suami bagi isteri dan ditemani 2 orang mahram
· Rukun Haji
rukun haji ialah amalan yang mesti dilakukan dalam haji, jika tertinggal, haji tidak sah dan
     wajib diulang pada masa akan datang
Rukun-Rukun Haji
Niat Ihram: niat haji di miqat setelah memakai ihram
Wukuf Di Padang Arafah: berada di Padang Arafah walaupun hanya sekejap antara gelincir
      matahari 9 Zulhijah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijah
Tawaf: mengelilingi Kaabah 7X dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah.
Jenis Tawaf
Tawaf Qudum: tawaf selamat datang. Sunat kepada yang baru sampai
Tawah Ifadah: tawaf rukun yang wajib kepada jemaah haji
Tawaf Wadak: tawaf selamat tinggal. Sunat dilakukan oleh jemaah haji yang hendak
      meninggalkan Makkah
Tawaf Sunat: tawaf yang boleh dilakukan bila-bila masa
Syarat-Syarat Tawaf
tutup aurat
suci dari hadas besar
7X, dimulakan di penjuru hajarul aswad
menjadikan Baitullah di sebelah kiri
dilakukan di dalam Masjidil Haram
Sai: berjalan berulang alik dari bukit Safa ke Marwah 7X selepas tawaf
Syarat-Syarat Sai
dimulakan dari Safa dan disudahi di Marwah
dilakukan 7X dengan yakin
dilakukan selepas tawaf rukun
dilakukan dengan perjalanan biasa, bukan menonggeng kepala atau melintang
niat sai ketika di Bukit Safa
Bercukur: bercukur atau bergunting rambut sekurangkurangnya 3 helai rambut
Tertib: melakukan rukun-rukun ikut susunan
· Hikmah Rukun Haji
Niat
dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah
Wukuf
mengingati semula peristiwa pertemuan Nabi Adam dengan Hawa
menimbulkan keinsafan bahawa semua manusia sama di sisi Allah
mengngatkan kita pada perhimpunan agung di Padang Mahsyar
Tawaf
memantapkan keimanan kepada Allah dan menumpukan perhatian terhadap keagungan-Nya
Sai
mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan sesuatu pekerjaan
mengambil iktibar peristiwa Siti Hajar cari air untuk anaknya
Bercukur
sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela
menghapuskan dosa
Tertib
mendidik umat berdisiplin dalam setiap pekerjaan

13.3. Wajib Haji Dan Umrah
· Wajib Haji
Wajib haji ialah amalan yang wajib dilakukan oleh jemaah haji. Jika tertinggal salah satu,
     haji tetap sah tetapi dikenakan dam/denda
perkara wajib haji :
Berniat Di Mikat
Mikat ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram atau umrah
Mikat terbahagi kepada 2
-Mikat Zamani: sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram. Mikat ini bermula dari
 bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar kedua pada hari ke10 bulan Zulhijah
-Mikat Makani: sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat
Bermalam Di Muzdalifah
Muzdalifah ialah tempat antara Arafah dengan Mina. Jemaah haji mesti berada di
     Muzdalifah selepas separuh mlm ke10 Zulhijah
Melontar Jamratul Aqabah
waktu melontar ialah selepas tengah mlm pada 10 Zulhijah dan berlanjutan sehingga
     terbenam matahari 13 Zulhijah
Bermalam Di Mina
bermalam di Mina pada hari Tasyrik 11, 12, 13 Zulhijah
Melontar Ketiga-3 Jamrah
melontar di Jamratul Ula, Jamratul wusta dan jamratul Aqabah guna 7 biji anak batu 
     setiap jamrah
Meninggalkan Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Ihram
13.3.2. Sunat Haji
· mandi sunat ketika hendak niat ihram
· solat 2 rakaat sebelum niat ihram
· memakai pakaian ihram berwarna putih
· memotong kuku
· memperbanyak ucapan talbiah
· bermalam di Mina pada malam hari
· berturut-turut 7 pusingan tawaf
· memperbanyak bacaan tahmid, zikir dan doa
· keluar ke tempat sai melalui pintu Safa

13.3.3. Perkara Yang Dilarang Ketika Ihram
· memakai pakaian berjahit bagi lelaki
· memakai wangi-wangian
· memotong kuku
· memotong rambut atau menghilangkan bulu pada anggota badan
· menutup kepala bagi lelaki
· menutup muka dan 2 tapak tangan bagi wanita
· memakai minyak rambut
· bernikah atau menikahkan

13.3.4. Hikmah Larangan Haji
· manusia adalah sama sahaja di sisi Allah
· menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah
· jemaah haji dapat memberikan tumpuan dan perhatian kepada ibadat yang dilakukan
· jemaah haji dapat melupakan perkara dunia semasa beribadat
· melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin

13.4. Cara Mengerjakan Haji Dan Jenis Dam
· Cara Mengerjakan Haji
Cara Pengertian Kebaikan
Haji ifrad Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan sama ada umrah dahulu atau haji dahulu, kemudian umrah
cara yang lebih afdal
tidak dikenakan dam
jemaah haji mengambil masa yang panjang untuk mengerjakan haji
Haji tamattuk
Mengerjakan umrah dahulu pada bulan haji diikuti dengan mengerjakan haji
boleh meninggalkan ihram umrah
dikenakan dam
jemaah haji ada kelapangan dan keselesaan
Haji qiran
Mengerjakan haji dan umrah secara serentak
mengambil masa singkat
dikenakan dam
memberi kemudahan dan kesenangan kepada jemaah haji
· Dam
dam dari segi bahasa ialah darah. Dari segi ibadat haji ialah denda yang dikenakan kepada
     jemaah haji yang melakukan perkara-perkara berikut:
melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah
meninggalkan perkara wajib haji atau umrah
melakukan perkara yang dilarang semasa ihram
Jenis-Jenis Dam
Tertib: dam dibayar ikut susunan
Takdil: dam dibayar ikut nilai harga dam
Takdir: dam dibayar ikut kadar yang ditentukan ikut kemampuan
Takhyir: dibolehkan memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak
· Kesalahan Dan Jenis Dam
Jenis dam Kesalahan Dam
Tertib dan takdil
bersetubuh sebelum tahalul awal bagi haji
dikepung atau ditahan sebelum masuk Makkah setelah niat ihram
sembelih seekor unta, jika tidak mampu
sembelih seekor lembu, jika tidak mampu
sembelih 7 ekor kambing, jika tidak mampu
membeli makanan dengan nilai seekor unta, jika tidak mampu
berpuasa ikut jumlah bilangan cupak makanan nilai seekor unta, jika tidak mampu
menyembelih seekor kambing, jika tidak mampu
membeli makanan yang sama nilainya, jika tidak mampu
berpuasa ikut jumlah bilangan cupak makanan yang dibeli dengan nilai seekor kambing
Tertib Dan takdir
melakukan haji tamattuk dan haji qiran
tidak wukuf di Arafah
tidak melakukan perkara wajib haji
tidak melakukan tawaf Widak
menyembelih seekor kambing, jika tidak mampu
berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Makkah dan 7 hari setelah kembali ke tanah air
Takhyir dan takdil
memburu dan mengusir binatang buruan
memotong, menebang, atau mencabut pokok di tanah haram yang tumbuh sendiri
sembelih binatang yang sama dengan binatang yang diburu
memberi sedekah makanan mengikut nilai binatang yang disembelih
berpuasa ikut bilangan cupak makanan yang boleh dibeli dengan nilai binatang sembelihan
Takhyir Dan takdir
mencabut mana-mana bulu atau memotong rambut
memotong kuku
memakai pakaian yang dilarang semasa ihram
memakai minyak rambut
memakai bau-bauan
melakukan perkara yang
boleh pilih:
menyembelih seekor kambing atau
bersedekah kepada enam orang fakir miskin dengan 2 cupak seorang atau
berpuasa 3 hari
mendorong kepada persetubuhan
bersetubuh kali kedua
bersetubuh selepas tahalul pertama
· Hikmah Dam
jemaah haji dapat menunaikan haji dengan teratur
bersungguh-sungguh-sungguh menumpukan perhatian semasa ibadat haji
sentiasa berdisiplin dalam menunaikan ibadat haji
manusia bertanggungjawab atas kesalahannya

Bab 14 Sembelihan

14.1. Pengertian Sembelihan
· menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat
   halkum dan merih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah
· sembelihan wajib dengan tujuan dimakan dagingnya

14.2. Rukun Sembelihan
· Penyembelih
Islam
tidak dalam ihram haji atau umrah
· Binatang Yang Disembelih
halal dimakan
mati dengan sekali sembelihan ( putus urat halkum dan urat merih)
· Alat Sembelihan
benda yang tajam kecuali gigi, tulang, kuku, rambut, tali
· bagi orang Islam yang berada di negeri ahli kitab, mereka diharuskan makan daging
   sembelihan ahli kitab

14.3. Syarat Sah Sembelihan
· niat sembelih kerana Allah
· memutuskan urat halkum dan urat merih
· menggunakan alat-alat sembelihan tajam selain tulang, gigi, rambut
· menyembelih binatang yang halal dimakan dan masih hidup
· binatang yang disembelih mati dengan sekali sembelihan
· disembelih orang Islam atau ahli kitab
· tidak dilakukan semasa berada dalam ihram haji atau umrah

14.4. Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
menyebut nama Allah
menggunakan alat sembelihan yang tajam
melakukan sembelihan di siang hari
memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat 
     mati
menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan membaringkannya ke sebelah ke sebelah
     rusuk kiri

14.5. Perkara-Perkara Makruh Sembelihan
· alat sembelihan yang tumpul
· menampakkan alat sembelihan kepada kepada binatang sembelihan
· melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang hendak disembelih
· tidak menghadap kiblat
· tidak membaca basmalah
· mematahkan leher binatang sembelihan sebelum nyawanya hilang

14.6. Hikmah Sembelihan
· boleh mematikan binatang dengan cara cepat dan selamat
· memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu
· sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara akidah
· membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram
· dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan cepat dan membersihkan daging  daripada
   darah yang mengalir bagi menghindari penyakit

Bab 15 Korban Amalan Mulia

· Pengertian Korban
menyembelih binatang ternakan (Al-an’am) yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari
     Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah
hukumnya sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar
waktu menyembelih adalah lepas naik matahari pada pada hari raya korban dan berakhir
     apabila terbenam matahari pada hari 13 Zulhijah.
· Sunat-Sunat Korban
membaca basmalah atau bertakbir.
Membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Menghadap binatang ke arah kiblat.
memilih binatang yang gemuk.
menyembelih sendiri bagi lelaki
· Syarat-Syarat Sah Korban
mengorbankan binatang yang cukup umur
melakukan sembelihan pada waktu korban
sembelihan oleh orang Islam
mengorbankan binatang yang sihat dan tidak cacat
niat korban kerana Allah
binatang ternakan halal dimakan
· Binatang Yang Dijadikan Korban
biri2 atau kibas berumur 1 tahun atau lebih
kambing, sapi, lembu, kerbau berumur 2 tahun atau lebih
unta berumur 5 tahun atau lebih
· Pengagihan Daging Korban
daging hendaklah dibahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir miskin setempat
sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang berkorban
daging korban haram diberikan pada orang kafir
· Cara Pengagihan Daging Korban Yang Sebaik-Baiknya:
1/3 disedekah kepada fakir miskin
1/3 untuk orang ramai
1/3 dimakan oleh orang yang berkorban
· Hikmah Berkorban
mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah
memupuk perasaan muhibbah dan silaturahim
fakir miskin berpeluang bersama-sama menikmati daging korban

Bab 16 Akikah

16.1. Pengertian Akikah
· menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir
   sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
· hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar
· Sebaik-Baik Akikah:
2 ekor kambing untuk bayi lelaki
1 ekor kambing untuk bayi perempuan
· akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika
   sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri

16.2. Syarat-Syarat Akikah
· niat akikah ketika menyembelih
· menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat
· menyembelih binatang yang cukup umur
· memenuhi syarat-syarat sembelihan

16.3. Daging Sembelihan Akikah
· tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin
· sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
· sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah
· . mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
· dilakukan hari ke7 kelahiran bayi

16.4. Hikmah Akikah
tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat
mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat
mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam
menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah

Bab 17 Jual Beli dan Sewa

17.1. Pengertian Jual Beli
· jual beli (Al-Bai’) ialah menukarkan barang dengan barang ikut cara yang tertentu
· hukum jual beli adalah harus

17.2. Rukun Jual Beli
· Penjual Dan Pembeli
mukallaf
kemahuan sendiri
merdeka
bukan golongan yang ditahan hartanya (bankrap)
beragama Islam
· Barang
bersih dan suci
berfaedah
kepunyaan penjual atau wakilnya
tahu jenis, kadar dan sifat barang jualan
· Harga
bersih
milik pembeli
tahu jenis mata wang yang digunakan
· Ijab Dan Kabul
tidak diselangi dengan perbuatan lain
bersamaan ijab dan kabul walaupun berlainan lafaz
tidak boleh dihadkan masa
tidak boleh ditaklikkan

17.3. Jenis-Jenis Jual Beli
· Jual Beli Yang Dilarang Dan Tidak Sah
haram menjual atau memperdagagangkan benda yang disimpan bagi tujuan maksiat 
     seperti menjual patung berhala, babi, arak dan sebagainya
tidak dimiliki dengan sempurna seperti menjual burung2 di udara atau ikan di laut
menjual buah yang masih muda dan belum nyata masaknya
menjual daging dengan daging
menjual suatu barang dengan bersyarat
· Jual Beli Yang Dilarang Tetapi Sah
membeli barang dengan tujuan menyekat pembelian orang lain daripada membeli barang
     tersebut
membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh
     pilihannya
menipu semasa menjual sama ada melalui sukatan, timbangan dan sebagainya
membeli barang supaya orang lain tidak dapat menjualnya (monopoli)
berjual beli barang yang halal tetapi digunakan untuk maksiat

17.4. Sewa
· sewa (Al-Ijarah) adalah satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang
   yang diterima dengan bayaran yang sesuai mengikut perjanjian yang ditentukan
· hukumnya harus
· Rukun Sewa
Penyewa
akil baligh
kemahuan sendiri
kedua-duanya tidak bersifat membazir
Bayaran Sewa
dengan wang
wang bayaran dikeahui oleh kedua-dua pihak dari segi kadar, jenis dan sifatnya
Manfaat
berharga
diketahui kadar dan jangka masa
dapat diberikan oleh yang mengambil upah
· Syarat Sah Sewa
kedua-dua pihak bersetuju mengadakan kontrak sewa
barang yang diberi sewa dapat memberi manfaat
manfaat yang tercatat dalam kontrak boleh digunakan
barang sewaan bukan menjadi kewajipan kepada penyewa seperti menyewakan rumah
     kepada isteri
· Tamat Kontrak Sewa
barang yang disewa hilang, rosak, atau musnah
batal kontrak
tamat tempoh
tidak menepati syarat-syarat kontrak

Bab 18 Gadaian dan Syarikat

18.1. Gadaian (Ar-rahn)
· gadaian bererti menahan sesuatu. Menurut istilah syarak adalah sesuatu barangan
   yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya bagi mendapatkan pinjaman
· Rukun Gadaian
penggadai
pemegang gadai
barang yang digadaikan
ijab dan kabul
barang yang diberikan kepada penggadai
· Syarat Sah Gadaian
harta yang digadai boleh dijual beli
penggadai dan pemegang gadai akil
gadaian dengan kerelaan sendiri
tidak boleh merugikan penggadai dan orang yang menerima gadaian
· Perkara-Perkara Yang Membatalkan Gadaian
barang yang digadai diserah semula kepada pengadai
penggadai telah membayar semua hutangnya
barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah
pemegang gadai membatalkan gadaian
penggadai meninggal dunia
barang yang digadai rosak
barang yang digadai telah disewa dan disedekahkan kepada orang lain
· Hikmah Gadaian
memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan
memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi
melahirkan sifat kerjasama dan perasaan kasih sayang sesama umat
memudahkan seseorang mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan
· Perbezaan Antara Gadaian Secara Islam Dengan Gadaian Secara
Konvensional
Gadaian secara Islam Gadaian secara konvensional
barang gadaian tetap menjadi hak pemilik asal
perlu membayar barang dan upah
membantu meringankan kesusahan
barang yang digadai akan lupus jika tidak ditebus dalam tempoh bayaran
perlu membayar nilai barang gadaian termasuk faedah
membebankan kerana membayar faedah dan terdapat unsur riba dan gharar

18.2. Syarikat (As-syarikah)
· syarikat dari segi bahasa ialah bercampur atau berkongsi
· dari segi istilah adalah perkongsian terhadap sesuatu yang dilaksanakan antara dua pihak
· penubuhan syarikat diharuskan
· Rukun Syarikat
Ahli Syarikat
berakal, baligh, merdeka dan dengan kemahuan sendiri
Modal
harta dan kepakaran
Lafaz Akad
mengandung erti izin untuk membelanjakan harta syarikat
· Perkara Yang Membatalkan Syarikat
salah seorang rakan kongsi membatalkan syarikat
kematian salah seorang rakan kongsi
salah seorang rakan kongsi murtad
hilang kelayakan seperti gila
salah seorang rakan kongsi membatalkan penyertaan
· Hikmah Syarikat
salah satu cara untuk memajukan ekonomi negara
dapat mengadakan perniagaan yang lebih besar
mengeratkan silaturahim antara ahli syarikat
dapat membimbing masyarakat untuk hidup bekerjasama antara satu dengan
     yang lain

Bab 19 ; Hutang, Insurans Dan Saham

19.1. Hutang (Al-Qaradh)
· hutang adalah memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang.
   Barang atau manfaat perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang
   membayar dengan jumlah yang sama
· hukum memberi hutang asalnya sunat tetapi menjadi wajib dalam keadaan tertentu.
   Membayar hutang adalah wajib
· Rukun Berhutang
penerima dan pemberi hutang. Kedua-duanya mesti mengadakan saksi atau perjanjian
     bertulis
barang yang diberi hutang adalah milik pemberi hutang sepenuhnya
sighah iaitu akad pemberian hutang
· Hikmah Diharuskan Berhutang
membantu golongan yang susah
orang miskin berpeluang membaiki taraf eknomi mereka
mengelakkan berlakunya penindasan terhadap golongan miskin
mengelakkan sikap malas dan suka meminta-minta

19.2. Insurans (At-Takaful)
· insurans bererti faedah yang diperoleh apabila satu kumpulan berikrar untuk 
   menggembleng tenaga serta mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong-
   menolong apabila ditimpa musibah
· amalan insurans diharuskan
· Jenis-Jenis Insurans
insurans hayat atau nyawa: memberi perlindungan risiko ke atas kematian dan hilang upaya
insurans am: memberi perlindungan kepada mereka yang menghadapi kerugian 
     pendapatan dan harta
· Prinsip2 Insurans
tiada unsur ketidakpastian (gharar) pada bayaran sumbangan dan manfaat
pemegang polisi saling bekerjasama bagi mengadakan manfaat bersama
merupakan satu perjanjian bantu-membantu dalam kalangan pemegang polisi
bertujuan memberi keuntungan yang saksama di kalangan ahli
menjamin dan melindungi antara satu dengan yang lain daripada kehilangan atau kerugian
· Tujuan Diharuskan Insurans
mendapatkan segala kemudahan perlindungan berupa manfaat, pampasan, atau ganti rugi
     apabila berlaku musibah
membantu pihak yang ditimpa musibah yang memerlukan sejumlah manfaat keuntungan
     sebagai pampasan
dapat menampung kos pembaikan kenderaan yang rosak apabila terlibat dalam 
     kemalangan

19.3. Saham (As-Sahmu)
· saham adalah sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan
· 3 Sumber Modal Yang Boleh Didapati
pemegang saham
pinjaman
kadar tertentu daripada keuntungan syarikat
· pemegang saham adalah pemilik bersama bagi sesuatu syarikat
· Antara Syarat-Syarat Saham Yang Diharuskan
saham bebas dari unsur riba
tiada unsur perjudian atau terlibat dengan perkara haram
tidak mempunyai unsur spekulasi
saham bukan dari jenis yang dilaburkan dalam akaun simpanan tetap atau simpanan 
     dalam bank konvensional

Bab 20 Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

20.1. Pengenalan Ringkas Khulafa Ar-Rasyidin
· khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam
· tempoh pemerintahan 29 tahun (11-41 H)
· Khulafa Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada 4 sahabat yang memegang
jawatan dalam negara selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu:
khalifah Abu Bakar
khalifah Umar Al-khattab
khalifah Usman bin Affan
khalifah Ali bin Abi Talib

20.2. Khalifah Abu Bakar (11-13H/ 632-634M)
· Riwayat Hidup
nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
lahir 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
keturunan Bani Tamim
digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa 
     Israk dan Mikraj
orang pertama memeluk Islam
seseorang yang jujur, pekerti baik dan perangai yang terpuji
wafat 23 jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan
     makam Rasulullah
· Pelantikan Menjadi Khalifah
Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan seseorang sebagai pengganti selepas kewafatan baginda.
     Oleh itu, berlaku perselisihan antara golongan Ansar dengan Muhajirin di Saqifah Bani
     Saidah
Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti selepasnya
kedua-duanya membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus
     memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah

20.3. Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H/ 634-644M)
· Riwayat Hidup
nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal
lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w.
berketurunan Bani A’dy
digelar Al-faruk bermaksud “Pemisah antara kebenaran dengan kebatilan”
terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dan berterus-terang
memeluk Islam tahun ke6 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah
     selama lebih kurang 10 tahun
· Pelantikan Menjadi Khalifah
Umar menjadi khalifah melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan
     perpecahan umat Islam
wasiat tersebut ditulis oleh Usman bin Affan
pelantikan Umar dipersetujui oleh seluruh umat Islam

20.4. Khalifah Usman Bin Affan
· Riwayat Hidup
dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
berketurunan Bani Umaiyah
sejak kecil terkenal dengan peribadi mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan memiliki
     semangat jihad yang tinggi
digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah
wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh
     pemberontak
· Pelantikan Sebagai Khalifah
semasa khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sahabat sebagai pengganti 
     beliau iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Saad bin 
     Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf
Talhah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri
berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf
     mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah

20.5. Khalifah Ali Bin Abi Talib
· Riwayat Hidup
nama penuh: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
lahir tahun ke10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam
kanak-kanak pertama peluk Islam
wafat 40 Hijrah setelah memerintah kira-kira 5 tahun
· Pelantikan Sebagai Khalifah
beliau menerima jawatan khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan
     pergolakan akibat pembunuhan khalifah Usman
keluarga Umaiyah tidak setuju dengan pelantikan tersebut termasuk Muawiyah bin Abi
     Sufian

20.6. Dasar Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
· undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan sunnah
· khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad
· khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil
· khalifah adalah ketua negara
· gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
· pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara
· rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah

20.7. Pembaharuan Dalam Pentadbiran Negara
· Majlis Syura
ahli syura dikenal sebagai ahli ‘Al-Hallu Wal-Aqdu” yang bermaksud pandai menghurai dan
     membuat keputusan
fungsi Majlis Syura pada zaman Rasulullah s.a.w. amat terhad kerana keputusan yang dibuat
     Rasulullah s.a.w. adalah daripada wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan
     pandangan sahabat
pada zaman khalifah Umar, satu Majlis Syura khas ditubuhkan yang bertanggungjawab
     menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada sahabat Rasulullah s.a.w.
· Pentadbiran Wilayah
Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah Islam yang baru dibuka
gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil
jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran negara seperti ketua 
      setiausaha, pegawai polis, ketua hakim, dan pegawai cukai

20.8. Polisi Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
· Polisi Khalifah Abu Bakar
memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi palsu dan
     golongan yang enggan membayar zakat
menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang
     membunuh utusan Rasulullah s.a.w.
melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul perselisihan
     untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia
· Polisi Khalifah Umar
beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam
tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali mendapat
     keizinan khalifah
· Polisi Khalifah Usman
memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi menyebarkan agama 
     dan memperluas pengaruh Islam
para sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah
melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal
menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy
melantik gabenor dalam kalangan Bani Umaiyah tapi masih mengira kelayakan dan
     kepimpinan
· Polisi Khalifah Ali
menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman khalifah 
    Usman
meneruskan Majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan Khawarij

20.9. Sumbangan Dan Jasa Khulafa Ar-Rasyidin
Khalifah Sumbangan
Abu Bakar As-siddiq memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan 
bayar zakat
membebaskan negeri di bawah pengaruh Rom dan Parsi
mengumpulkan tulisan al-Quran
Umar bin Al-Khattab
menyusun harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
menyusun undang-undang tanah negara
perkenal kalendar tahun Hijrah
menubuh pasukan polis dan tentera
Usman bin Affan menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu
naskhah
membesarkan angkatan tentera laut dan darat
Ali bin Abi Talib menerima jawatan khalifah ketika negara dalam kekecohan dan tidak tenteram

20.10. Kemajuan Sosial, Ekonomi Dan Perluasan Kawasan
· Kemajuan Sosial
Penduduk: terdapat 3 golongan
masyarakat Islam di Semenanjung tanah Arab yang memeluk Islam sejak zaman 
     Rasulullah s.a.w.
masyarakat Islam yang berada di luar tanah Arab
golongan kafir zimmi
· Pendidikan
para khalifah amat ambil berat hal ehwal pendidikan rakyat
selain memberi bantuan pembelajaran, mereka melantik tenaga pengajar
· Kebajikan Sosial
kebajikan Islam dan kafir dipelihara
1 pasukan khas ditubuh untuk jaga keselamatan negara
pelbagai kemudahan disedia untuk kesenangan rakyat
· Kemajuan Ekonomi
bermula zaman khalifah Umar hingga awal pemerintahan Usman kesan daripada 
     perluasan kuasa
negara memiliki banyak kawasan pertanian dan sumber ekonomi yang mantap
pengurusan Baitulmal dikemaskinikan
undang-undang tanah negara diperkenal
· Perluasan Kawasan
wilayah Islam semakin uas kesan kejayaan tentera Islam
pengaruh dan wilayah Islam semakin tersebar

20.11. Kesan Positif Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin
· corak pemerintahan: pemimpin negara merupakan ketua agama yang mendaulatkan Islam
· sifat kepimpinan: pemimpin dipilih daripada mereka yang berakhlak dan berwawasan
· pertahanan: pertahanan diberi keutamaan bagi memastikan negara bebas daripada serangan
   luar
· Ekonomi: dasar ekonomi digubal secara adil
· Sosial: ilmu pengetahuan diberikan perhatian yang penting sama ada ilmu akli ataupun 
   nakli.
   Rakyat dilayan sama rata.

20.12. Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin
· ketua negara Islam selepas Khulafa Ar-Rasyidin dilantik secara warisan
· negara Islam terdedah kepada fitnah dan peperangan sesama sendiri
· orang munafik berpeluang memecah belah umat
· timbul perpecahan aliran akidah seperti ahli sunnah dan syiah

20.13. Iktibar Daripada Sejarah Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin
Aspek akidah
kehidupan berpandukan akidah yang benar
berpegang teguh kepada Islam
berusaha meningkatkan tahap keimanan kepada Allah
mementingkan ilmu pengetahuan
Aspek syariat
hidup berlandaskan syariat Islam
sanggup berjihad dan mengorbankan nyawa dan harta demi memperoleh keredaan Allah
membangunkan ekonomi untuk perluasan dakwah dan kemajuan negara
semua lapisan mendapat perhatian
Aspek akhlak
digelar Qudwatun Hasanah kerana merealisasikan tuntutan al-Quran melalui perkataan  
    dan perbuatan dalam kehidupan seharian
rakyat diberi kebebasan untuk amal agama masing-masing

Bab 21 Kerajaan Bani Umaiyah

21.1. Penubuhan Kerajaan Bani Umaiyah
· selepas kemangkatan Ali bin Abi Talib 14 Hijrah, penduduk Kufah melantik Hasan bin Ali
   sebagai pengganti ayahandanya
· walaubagaimanapun, beliau terpaksa menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah bin
   Abu Sufian kerana tidak dapat menyelesaikan huru-hara dan pertumpahan darah yang
   berlaku dalam negara
· Penyerahan Dibuat Dengan Syarat-Syarat :
Muawiyah mesti memerintah berdasar al-Quran dan as-sunnah
sentiasa menghormati dan memualiakan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
pemilihan jawatan khalifah selepasnya mestilah berdasarkan Majlis Syura
· Peringkat Pemerintahan
zaman kelahirannya bermula dengan pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufian (40-60H) dan
     berakhir dengan pemerintahan Yazid (64H)
zaman pemerintahan keturunan Marwan bin Al-Hakam yang dikenal sebagai ‘zaman
     kemajuan’ (65-86H) hingga zaman kejatuhannya (127-132H)
diasaskan oleh Abdul Rahman Ad-Dahlil hingga pemerintahan Hisyam (137-399H)

21.2. Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah Kepada Tamadun Islam
· Perkembangan Ketenteraan
Muawiyah sangat mengambil berat tentang pertahanan negara. Beliau mengemaskini
     angkatan tentera dengan meniru corak gerakan tentera daripada Parsi
Beliau Membahagikan Tentera Kepada Lima Bahagian
pasukan teras diletakkan di tengah-tengah (Qalbu Al-Jaisy)
sayap kanan (Al-Maimunah)
sayap kiri (Al-Maisarah)
pasukan hadapan (Al-Muqaddimah)
barisan belakang (Safah Al-Jaisy)
kerajaan turut tubuhkan angkatan perang yang teratur dan dilengkapi dengan peralatan
     moden dan canggih
· Perkembangan Pendidikan
khalifah sangat ambil berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan
khalifah Abdul Malik bin Marwan dan Umar bin Abdul Aziz merupakan ulama yang alim
     dalam bidang al-Quran, tafsir, hadis dan nahu yang menjadi tumpuan utama pendidikan
     pada ketika itu
Kota Basrah menjadi terkenal sebagai pusat penyebaran ilmu. Bahasa Arab sebagai bahasa
      pengantar dan bahasa rasmi kerajaan
disiplin ilmu yang kekenal sebagai ‘At-Tadwin’ wujud kesan daripada kegiatan penulisan,
      pembukuan dan pembinaan perpustakaan
· Ekonomi
kekuatan ekonomi negara bergantung kepada pertanian dan perdagangan
Hasil Negara:
kharaj
jizyah
zakat
usyur
fai
ghanimah
Faktor Kegemilangan Tamadun Islam
kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
penguasaan ilmu pengetahuan
ekonomi yang stabil
kekuatan tentera
· Faktor Kejatuhan
sikap beberapa orang pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam
pemilihan pemerintah tidak dilakukan melalui majlis Syura
pemerintah bersikap tidak adil dan membezakan orang Arab dengan bukan Arab
pemerintah yang dilantik tidak berkelayakan

Bab 22 Imam Abu Hanifah r.h.

22.1 Imam Abu Hanifah r.h.
· Riwayat Hidup
nama sebenar Nukman bin Thabit
lahir di Kufah tahun 80 Hijrah (699M)
berketurunan Parsi dan anak kepada seorang peniaga kain
beliau salah seorang ulama Islam terkenal dan pengasas Mazhab Hanafi
Beliau Digelar Abu Hanifah Kerana:
sentiasa bawa ke mana saja tintanya (pen) untuk mencatat ilmu
salah seorang anaknya bernama Hanifah
Hanifah juga bermaksud cenderung kepada agama
beliau seorang yang berakhlak mulia, pemurah, ikhlas, berani, suka member nasihat, rajin
     berusaha dan bercita-cita tinggi
beliau seorang yang berani dan tegas dalam mempertahan agama
Ujian Yang Dihadapai Daripada Pemerintah:
dihukum penjara
disebat kerana tolak jawatan kadi di Kufah
Meninggal dunia pada bulan Rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi ketika usia 70
      tahun

22.2. Pendidikan
· beliau berpeluang menuntut ilmu sejak kecil hingga ke peringkat tertinggi
· beliau belajar pelbagai ilmu terutama undang-undang Islam
· berguru dengan beberapa orang ulama yang hidup sezaman dengannya
· guru yang paling banyak memberi sumbangan ialah Imam Hammad bin Ali
   Sulaiman selama 18 tahun
· pernah berguru dengan sahabat Nabi Muhammad s.a.w.  Anas bin Malik,  Abdullah bin Abi
   Aufa dan Abdullah bin Abi Al-Hasan

22.3. Sumbangan Kepada Tamadun Islam
· masanya banyak dihabiskan untuk memberi pengajaran di masjid
· berfikiran kritis dan terbuka dalam menyelesaikan masalah fikah
· ulama pertama menyusun kitab fikah ikut bab dan fasal dengan tersusun
· kitab karangan beliau yang terkenal: Al-Fikah Al-Akbar dan Kitab Faraid
· seorang yang amat teliti dalam tentukan hukum ikut martabat hadis

22.4. Pengaruh Mazhab Abu Hanifah
· aliran mazhab dikenali sebagai aliran mazhab Hanafi
· mazhab ini berpengaruh di Ira dan mazhab rasmi kerajaan Uthmaniah
· muridnya yang terkenal sebagai tokoh ulama turut menyebarkan ilmu melalui kuliah dan
   penulisan khususnya dalam bidang fikah dan perundangan Islam

Bab 23 Imam Malik r.h.

23.1. Riwayat Hidup
· nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Amir Al-Harith
· dilahirkan di Madinah pada tahun 93 Hijrah bersamaan 713 Masihi
· berketurunan Arab yang terhormat dan berasal daripada keluarga yang susah
· mempunyai pandangan yang bernas, berpendirian teguh, bijaksana, cerdas dan kuat 
   ingatan
· seorang yang berbudi bahasa, lemah lembut, dan suka menziarahi orang sakit
· beliau tidak pernah menunggang kuda di Madinah kerana menghormati bumi yang ada  
   jasad Rasulullah s.a.w.
· meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 M ketika usia 86 tahun

23.2. Pendidikan
banyak mendampingi ulama sejak kecil
boleh hafal hadis Rasulullah s.a.w. sejak kecil
guru pertama ialah Abdul Rahman bin Harman iaitu ulama besar Madinah
beliau pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’tabiian

23.3. Imam Malik Sebagai Guru
· mempunyai tahap keilmuan yang tinggi
· mula mengajar ketika berusia 17 tahun dan dapat mengajar dengan baik
· kebanyakan majlis pengajian dilakukan di Masjid nabawi
· beliau sanggup bersusah payah memberi kefahaman kepada anak muridnya tentang 
   sesuatu ilmu

23.4. Sumbangan
· sumbangan beliau yang terbesar ialah kitab Al-Muattok
· beliau pengasas mazhab Maliki
· banyak kumpul dan analisis hadis-hadis
· menghasilkan beberapa buah buku agama yang tinggi nilainya yang terdapat di pusat-pusat
   pengajian tinggi sebagai rujukan kepada pelajar Islam

Bab 24 Imam As-Syafie rh

24.1. Riwayat Hidup
· nama sebenar ialah Muhammad bin Idris bin Al-Abbas ra. bin Usman bin syafie’ bin As-
   Sa’ib
· beliau sama keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. di sblh datuknya Abdul Manaf
· lahir di Ghazzah, Palestin tahun 150 H (767M)
· bapanya meninggal dunia sebelum beliau dilahirkan
· biliau digelar ‘As-Syafie’ sempena nama datuknya Syafie bin Sa’ib
· seorang yang kuat ingatan, terang hati, rajin dan peribadinya yang sangat tinggi
· beliau meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204 Hijrah (820M) di Mesir

24.2. Pendidikan
· imam As-Syafie mula belajar Al-Quran ketika berusia 5 tahun dan dapat hafaz al-Quran ketika
   usia 9 tahun
· ketika usia 12 tahun, beliau hafal kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik
· beliau banyak menghabiskan masa remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian
   agama di Masjidil Haram
· beliau belajar dengan beberapa tokoh ulama hadis yang masyur seperti imam Malik bin 
   Anas dan Ibrahim bin Abi Yahya As-Sami
· beliau juga mengembara ke Iraq, Parsi, Palestin dan Yaman untuk menuntut ilmu

24.3. Sumbangan
· mengasas kaedah tertentu dalam mensabitkan hukum
· tidak terima kaedah istihsan
· mempersempitkan penggunaan akal dalam mensabitkan sesuatu
· berijtihad mengikut tempat dan suasana
· berhujah dengan golongan antihadis. Perdebatan ini disebutkan dalam kitab Ar-Risalah
· beliau sangat teliti dalam mengutarakan pandangan khususnya dalam masalah ibadat
· pengasas mazhab Syafie

Bab 25 Imam Ahmad bin Hanbal rh

25.1. Riwayat Hidup
· nama sebenar beliau ialah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
· beliau satu keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. di sebelah neneknya.
· imam Ahmad lahir di Baghdad pada bulan Rabiulawal tahun 164Hijrah (780M)
· beliau lahir dalam keadaan yatim serta miskin. Bapanya hanya meninggalkan sebuah rumah
   dan tanah yang kecil
· beliau mengambil upah jual kain dan membawa barang-barang di jalanan untuk menyara
   hidup
· beliau seorang yang sangat mementingkan kebersihan dan kekemasan
· beliau tidak sombong dan bongkak. Beliau mengasihi seseorang kerana Allah
· beliau seorang yang bertaqwa, baik hati, kurang makan dan minum serta banyak melakukan
   ibadat
· Antara Ibadatnya:
baca 1/7 al-Quran pada setiap hari
menghafaz lebih daripada 700000 hadis
khatam al-Quran sekali seminggu
mengerjakan solat sunat hingga 300 rakaat setiap hari
· beliau meninggal dunia pada tahun 855 M di Baghdad ketika berusia 77 tahun

25.2. Pendidikan
· sejak kecil beliau menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu dan rajin belajar
· beliau akan membawa alat tulis dan kertas untuk menulis sesuatu yang berfaedah ke mana-
   mana saja beliau pergi
· sebahagian besar hidupnya adalah untuk mencari ilmu
· beliau mengembara ke beberapa buah negeri untuk menuntut ilmu seperti Kufah, Basrah,
   Syam dan Yaman
· guru beliau yang masyhur ialah Imam As-Syafie, Sufian bin Uyainah dan Yahya bin Said
· Cara Imam Ahmad Mengihtinbatkan Hukum
berpegang teguh dengan hadis yang sahih saja dan menolak hadis dhaif
amat berhati-hati memilih hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram 
     sama ada dari segi matan atau sanadnya

25.3. Sumbangan
· imam Ahmad bin Hanbal memberikan sumbangan yang besar dalam bidang hadis dan
   perundangan Islam
· Beliau Meninggalkan Beberapa Kitab Yang Mashyur Dan Menjadi Rujukan Hingga Ke
   Hari Ini:
kitab Al-Musnad- mengandungi 40000 hadis
Tafsir al-Quran
An-Nasakh wal Mansukh
kitab At-Tarikh
kitab Al-Ilah
· beliau adalah pengasas mazhab Hanbali

Bab 26 Imam Al-Bukhari rh

26.1. Riwayat Hidup
· nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail
· lahir hari Jumaat, 13 Syawal tahun 194 Hijrah (810M)
· kedua ibu bapanya orang yang soleh
· gelaran ‘Al-Bukhari’ adalah diambil sempena nama tempat kelahirannya
· beliau terkena penyakit mata semasa kecil hingga menjadi buta. Berkat doa ibunya, 
   akhirnya beliau dapat melihat semula
· beliau meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah bersamaan 870 Masihi ketika usia 62 tahun

26.2. Pendidikan
· beliau mendapat pendidikan yang baik sejak kecil daripada ibunya sendiri
· beliau seorang yang tekun dan gigih mencari ilmu dan sangat menghormati hadis
· ketika umur 11 tahun, beliau telah membetulkan kesilapan gurunya yang mengajar hadis.
   Ketika itu, beliau telah pun menghafaz al-Quran
· ketika usia 16 tahun, beliau telah menghafal kitab-kitab yang ditulis oleh Ibnu Mubarak dan
   Waqi’
· beliau mula tulis kitab mengenai hadis daripada para sahabat dan perawi-perawi hadis 
   ketika berumur 18 tahun
· Imam Al-Bukhari merantau selama 16 tahun untuk menuntut dan mencari ilmu 
   pengetahuan
· beliau mengarang kitab Sahih Al-Bukhari
· Beliau Mensyaratkan Hadis Sahih Dengan Syarat:
sanadnya mestilah bersambung terus dengan Rasulullah s.a.w.
perawinya mestilah orang Islam, bersifat thiqah serta mempunyai ngatan dan akal yang 
     kuat

26.3. Sumbangan
· kitab sahih Al-Bukhari adalah sumbangan beliau yang terbesar
· kitab ini disusun setelah beliau benar-benar mendalami bidang hadis
· beliau telah berjaya mengumpulkan 600000 hadis dalam kitab sahih Al-Bukhari
· Keistimewan Sahih Al-Bukhari:
himpunan hadis-hadis nabi yang paling sistematik dan penting sebagai rujukan umat Islam
     selepas kitab al-Quran
Imam Al-Bukhari ambil masa selama 16 tahun dalam usahanya menyelidik, mengumpul,
      menapis dan menyusun hadis-hadis untuk dimuatkan dalam kitab ini
· beliau seorang mujtahid dan ijtihadnya tidak cenderung kepada mana-mana mazhab Fikah

Bab 27 Imam Al-Ghazali r.h.

27.1. Riwayat Hidup
· Nama sebenar beliau ialah Abu Hamad bin Ahmad Al-Ghazani At-Tusi.
· Dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.
· Dikenal sebagai'Al-Gazali bersempena dengan nama kampong kelahirannya, Ghazalah
· Asal daripada keluarga miskin.Bapanya seorang yang soleh dan bekerja sebagai pemintal 
   bulu kambing. Beliau ingin melihat anaknya menjadi alim dan soleh
· Beliau seorang yang bijaksana,kuat ingatan,berpegang teguh kepada syariat Islam, tekun
   belajar dan bijak berhujah
· Beliau kuat beribadat,warak,zuhud,dan tidak menyukai kemewahan
· Digelar ‘Hujjatul Islam’ kerana kecekapan,kemasyhuran dan kekuatannya membela Islam
· Imam Al Ghazali adalah seorang ulama,ahli fikir, dan ahli falsafah Islam yang terkemuka
· Meninggal dunia di Tus pada hari Isnin 14 Jamadilakhir tahun 505 Hijrah bersamaan 1111M

27.2. Pendidikan
· Pada peringkat awalnya beliau mendapat pendidikan secara percuma daripada beberapa
   orang guru kerana kemiskinannya
· Beliau belajar di sekolah yang didirikan oleh Perdana Menteri Nizam Al-Mulk di Tus
· Beliau melanjutkan pelajaran dari Tus ke Jarjan dan Naisabur
· Beliau belajar pelbagai bidang ilmu fikah,ilmu kalam dan ilmu falsafah daripada Imam Al-
   Harmain di Naisabar
· Beliau belajar tasawuf daripada beberapa orang guru
· Beliau dilantik sebagai tenaga pengajar kanan di Universiti Nizamiah di Baghdad
· Kegigihan Menuntut Ilmu
tabah dan bersemangat kuat untuk menuntut ilmu
berjaya menghafaz Al-Quran dalam usia yang muda
berusaha mempelajari dan menguasai beberapa bahasa seperti bahasa Arab dan Parsi
menguasai ilmu al-Quran, hadis, mantik, usuluddin, tasawuf dan falsafah
sanggup mengembara untuk mendapatkan ilmu

27.3. Sumbangan
· penasihat agung kepada Perdana Menteri Nizam Al-Mulk
· menjadi tenaga pengajar kanan di universiti Nizamiah di Baghdad dan Naisabur
· menyokong fahaman Al-Isyairah atau dikenal sebagai mazhab ahli sunnah wal jamaaah
· menolak fahaman ahli falsafah yang meresap dalam ilmu kalam
· pelopor kepada golongan sufi
· Menghasilkan Buku:
Ihya Ulumuddin
Al-Munkaz minal Dhalal
Tuhafutul falsafah
Al-Wajiz