Pakar sains mengatakan sujud ketika solat
adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan
kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah
yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.
1.
Membetulkan kedudukan
buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2.
Membetulkan pundi
peranakan yang jatuh.
3.
Melegakan sakit
hernia.
4.
Mengurangkan sakit
senggugut ketika haid.
5.
Melegakan paru-paru
daripada ketegangan.
6.
Mengurangkan kesakitan
bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk
berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7.
Meringankan bahagian
pelvis.
8.
Memberi dorongan
supaya mudah tidur.
9.
Menggerakkan otot
bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada
sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan
elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan
darah.
10.
Bagi wanita,
pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk
menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11.
Sujud juga mampu
mengurangkan kegemukan.
12.
Pergerakan bahagian
otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut.(Convulsions).
13.
Organ terpenting iaitu
otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14.
Mengelakkan pendarahan
otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut
serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula,
sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali
gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
15.
Manakala dari sudut
perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke
otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
Untuk itu marilah kita
sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi
satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang
bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.